Friday, April 19, 2013

Saya Tidak Pernah Khianat Parti

"Jika saya gila jawatan, tahun 2008 lagi saya belot! Saya ADUN baru sepenggal, masih Ketua Pemuda UMNO Bahagian digugurkan oleh pucuk pimpinan. Memang saya marah, tapi saya tidak mengkhianati parti kerana saya tidak penting, parti lebih penting. Tapi hari ini saya menentang Zin bukan kerana jawatan, tetapi kerana mahu menyelamat UMNO Bahagian Sepang. Cukuplah kita menanggung biawak hidup di bahagian kita! Saya rela dipecat tetapi saya tidak rela UMNO Bahagian Sepang dan Selangor dimusnahkan oleh Zin."

Suhaimi Ghazali tidak pernah khianat parti biarpun beliau tidak dipilih dalam pilihan raya umum 2008. Memang beliau kecewa kerana baru sepenggal menjadi ADUN Dengkil telah digugurkan untuk memberi laluan kepada Timbalan Ketua Bahagian, datuk Marsum Paeng. Namun Suhaimi tetap bersama parti membantu kemenangan Marsum.

Sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Suhaimi mampu mensabotaj parti namun beliau tidak melakukan. Kali ini beliau tidak mengharapkan akan dipilih menjadi calon. Beliau telah redha dan pasrah bahawa kedua-dua ADUN sekarang telah menjalankan tugas yang baik dan mempunyai jawatan parti yan lebih tinggi daripada beliau.

Namun beliau tidak dapat menerima perbuatan dan tindakan Datuk Mohd Zin yang menggugurkan kedua-dua mereka dan meletak kroni-kronisnya sebagai calon baru Dengkil dan Tanjung Sepat.

Ini bukan perkaran mudah. Namun sikap Zin, yang dibawa masuk oleh Dr Karim dan Marson atas arahan pucuk pimpinan parti ketika itu, sejak menjadi Ketua UMNO Bahagian Sepang seumpama kaduk naik junjung.


No comments:

Post a Comment