Friday, April 19, 2013

Parlimen Sepang: Ketua Pemuda UMNO Bahagian lawan Ketua UMNO Bahagian

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang, Suhaimi Ghazali membuat keputusan drastik mencalonkan dirinya sebagai calon bebas untuk Parlimen Sepang. Suhaimi akan menentang calon BN, Datuk Seri Ir Mohamad Zin. Zin yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor.

Suhaimi ketika ditemui di tempat pencalonan menyatakan bahawa ini merupakan perjuangannya memulihkan maruah UMNO bahagian Sepang yang dipijak, dihina dan dibabikan oleh Zin ketika menentukan calon BN bagi kawasan Sepang.

"Kita bawa dia masuk ke dalam UMNO Sepang dengan carpet merah. akhirnya dia terajang semua orang yang memberi laluan kepadanya dalam parti. Biarlah saya berkorbankan diri untuk menyelamatkan UMNO Bahagian Sepang."

"UMNO Sepang tidak perlukan seorang ketua UMNO Bahagian yang angkuh, bongkak dan sombong. Dia ingat ini bapak dia punya parti."

Mohamad Zin dibawa masuk ke dalam UMNO Sepang setelah UMNO Shah Alam menolak pencalonan Mohd Zin pada pilihan raya 2004. Sebelum itu Zin merupakan ahli Parlimen Shah Alam pada 1999.

Protes ini dipercayai oleh tindakan Zin menamakan pegawai Khasnya sebagai calon ADUN Tanjung Sepat, dan anak bekas ADUN Dengkil sebagai calon DUN Dengkil yang baru.


No comments:

Post a Comment