Tuesday, April 23, 2013

Zin Jangan Guna Nama BN Untuk Kepentingan Diri Sendiri

Kita semua kena undi BN kecuali Ir Mohamaed Zin Badak dan Nisman (Calon DUN Tanjung Sepat). Cukuplah Zin merosakkan UMNO Sepang dengan dibantu oleh Pegawai khasnya Nisman yang sekarang ini calon Dun Tanjong Sepat.

Suhaimi Ghazali telah melakukan pengorbanan dengan bertanding secara bebas walaupun tahu beliau akan dipecat dari UMNO.

Apakah ahli UMNO Sepang hendak terus menyokong Zin badak, pendatang ke dalam UMNO Sepang yang kini seumpama gagak di rimba?

Jika tahun 2008 sudah ada lebih 1000 orang merosakkan undi, kali ini mari kita Undi Suhaimi Ghazali. Suhaimi bukan sempurna, sekurang-kurangnya beliau tidak khianat UMNO seperti mana Zin buat.


P113 Sepang
2013
2008
1. Hanapiah Mohamad (Bebas)Mohamed Makki Ahmad (PAS)21,532
2. Suhaimi Mohd Ghazali (Bebas)2  Mohd Zin Mohamed (BN - UMNO)26,381
3. Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed (BN)
4. Mohamed Hanipa Maidin (PAS)
Penyandang:    Mohd Zin Mohamed (BN - UMNO
% keluar mengundi:
Majoriti: -
Penyandang: Mohd Zin Mohamed (BN - UMNO)
% keluar mengundi:  49,137 (79.2%)
Majoriti: 4,849
Penyandang 2004: Mohd Zin Mohamed (BN)
Jumlah Pengundi: 84,362
Undi rosak:
Jumlah Pengundi: 62,044
Undi rosak: 1,099


Ramai ahli UMNO sudah menyampah dengan Ir Zin ini. Tak sedar dek untung. Orang beri laluan hingga menjadi Ketua Bahagian Sepang, dia jadi seperti kaduk naik junjung. Orang yang yang menaikkannya semua dicantas. Politik badak memang suka menyondol.

Calon ADUN Dengkil perlu buat pilihan mahu sokong Zin badak atau bergerak sendiri. Jika dia mahu ikut Zin, Shahrom juga kita tumbangkan kali ini. Sepang sudah banyak kali menyumbang pada BN, apa salah kali ini kita bagi bebas. 

Jika Suhaimi menang pun beliau tetap akan sokong BN di parlimen nanti. Kalau Ezam Mat Nor boleh jadi senator BN lepas maki hamun UMNO, apahal Suhaimi yang nak betulkan UMNO Sepang kita hendak buang langsung?

Friday, April 19, 2013

Saya Tidak Pernah Khianat Parti

"Jika saya gila jawatan, tahun 2008 lagi saya belot! Saya ADUN baru sepenggal, masih Ketua Pemuda UMNO Bahagian digugurkan oleh pucuk pimpinan. Memang saya marah, tapi saya tidak mengkhianati parti kerana saya tidak penting, parti lebih penting. Tapi hari ini saya menentang Zin bukan kerana jawatan, tetapi kerana mahu menyelamat UMNO Bahagian Sepang. Cukuplah kita menanggung biawak hidup di bahagian kita! Saya rela dipecat tetapi saya tidak rela UMNO Bahagian Sepang dan Selangor dimusnahkan oleh Zin."

Suhaimi Ghazali tidak pernah khianat parti biarpun beliau tidak dipilih dalam pilihan raya umum 2008. Memang beliau kecewa kerana baru sepenggal menjadi ADUN Dengkil telah digugurkan untuk memberi laluan kepada Timbalan Ketua Bahagian, datuk Marsum Paeng. Namun Suhaimi tetap bersama parti membantu kemenangan Marsum.

Sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Suhaimi mampu mensabotaj parti namun beliau tidak melakukan. Kali ini beliau tidak mengharapkan akan dipilih menjadi calon. Beliau telah redha dan pasrah bahawa kedua-dua ADUN sekarang telah menjalankan tugas yang baik dan mempunyai jawatan parti yan lebih tinggi daripada beliau.

Namun beliau tidak dapat menerima perbuatan dan tindakan Datuk Mohd Zin yang menggugurkan kedua-dua mereka dan meletak kroni-kronisnya sebagai calon baru Dengkil dan Tanjung Sepat.

Ini bukan perkaran mudah. Namun sikap Zin, yang dibawa masuk oleh Dr Karim dan Marson atas arahan pucuk pimpinan parti ketika itu, sejak menjadi Ketua UMNO Bahagian Sepang seumpama kaduk naik junjung.


Parlimen Sepang: Ketua Pemuda UMNO Bahagian lawan Ketua UMNO Bahagian

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang, Suhaimi Ghazali membuat keputusan drastik mencalonkan dirinya sebagai calon bebas untuk Parlimen Sepang. Suhaimi akan menentang calon BN, Datuk Seri Ir Mohamad Zin. Zin yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor.

Suhaimi ketika ditemui di tempat pencalonan menyatakan bahawa ini merupakan perjuangannya memulihkan maruah UMNO bahagian Sepang yang dipijak, dihina dan dibabikan oleh Zin ketika menentukan calon BN bagi kawasan Sepang.

"Kita bawa dia masuk ke dalam UMNO Sepang dengan carpet merah. akhirnya dia terajang semua orang yang memberi laluan kepadanya dalam parti. Biarlah saya berkorbankan diri untuk menyelamatkan UMNO Bahagian Sepang."

"UMNO Sepang tidak perlukan seorang ketua UMNO Bahagian yang angkuh, bongkak dan sombong. Dia ingat ini bapak dia punya parti."

Mohamad Zin dibawa masuk ke dalam UMNO Sepang setelah UMNO Shah Alam menolak pencalonan Mohd Zin pada pilihan raya 2004. Sebelum itu Zin merupakan ahli Parlimen Shah Alam pada 1999.

Protes ini dipercayai oleh tindakan Zin menamakan pegawai Khasnya sebagai calon ADUN Tanjung Sepat, dan anak bekas ADUN Dengkil sebagai calon DUN Dengkil yang baru.